Thursday, April 16, 2009

Alam ini Indah dan Menawan




Apa khabar semua....


Jumpa lagi kita di alam maya ini. Dah hampir 5 hari aku belajar buat Blog ini...belum ada artikel baru yang ku tulis. Kebetulan hari ini agak lapang, aku cuba-cuba curi masa di pejabat diwaktu malam jumaat ini untuk menulis sesuatu...




Tak dak apa yang menarik untuk ditulis kali ini. Cuma tajuk itu datang secara tidak sengaja...


Hentam sajalah.....


Memang alam tempat kita tingal ini indah , kerana ia ciptaan Allah yang cukup indah , hebat dan menawan. Manusia jika ada masaalah dan ghaflah akan cari ketenangan dengan menghampiri alam.


Mereka akan mencari suasana yang kehijauan, pergi ketepi laut, naik keatas bukit yang tinggi, mencari tempat-tempat perkelahan di kawasan hutan simpan, mandi di air terjun dan kemana saja yang kedapatan alamnya indah, lapang, sunyi dan tenang....




Baru-baru ini dalam perjalanan balik dari Pnom Penh, sempat melawat ke Animal Park di Bangkok.....waw!.. sungguh cantik sekali pemandangan disana, dengan pelbagai flora dan fauna yang di jaga dengan baik serta dibiarkan hidup bebas didalam kawasan tersebut.
Suasana diluar Park pun nampak keunikan taman-taman yang dihiasi dengan lanskap yang teratur dan cukup menyamankan. Orang Thai ini walaupun suasana politik mereka dalam keadaan agak kucar kacir, tapi suasana persekitaran bandar, kampung dan taman taman mereka cukup terjaga dan indah mata memandang....


Mereka juga amat menghormati tetamu dan jujur di dalam bermuamalah... Itu saya rasa lahh....sepanjang dah 5 kali berkunjung di Kota Raya yang cukup moden, padat dan sibuk ini....


No comments:

Post a Comment