Thursday, April 16, 2009

Dah jadi Tukang Sembelih




Salam Bahagia
Semua...!

Dulu aku ni takut dan kesian juga tenguk orang sembelih lembu, kambing ataupun kerbau...


Ayam tu OK lah jugak, kerana masa kecik-kecik dulu ayah selalu minta tolong pegang bila dia nak sembelih ayam kampung. Selalunya akulah yang kena , pasai dah jadi anak yang sulong....adik-adik kecik lagi. So, tak dak masaalahlah bila tenguk dan pegang ayam, itek, angsa, burung yang disembelih oleh bapakku itu...




Tapi aku sendiri tak pernah pun jadi tukang sembelih hinggalah umurku nak mencapai setengah abad ini...


Segalanya berubah bila Pengerusi Surau tempat ku tinggal meninggal dunia akibat accident kira-kira setahun yang lalu....


Oleh kerana aku jadi Timbalan Pengerusi Surau, terpaksalah aku mengambil alih segala tugasan dan amanah kemasyarakatan dikampung tersebut. Bukan saja bab jadi Ketua Masyarakat, Tok Imam, Khatib, pengurusan jenazah, kebajikan penduduk, kenduri kendara, nikah kawin...tetapi juga urusan Qurban , termasuk jadi Tukang Sembelih.




Bayangkan seumur hidup tak pernah menyembelih, walaupun seekor burung kecil...inikan pula terus jadi penyembelih lembu. Macam-macam strategi aku guna untuk cuba nak mengelak dari tugasan ini...tetapi memandangkan tak ada yang sanggup mengambil amanah ini, aku pun terimalah cabaran ini....Mungkin ini kehendak Allah jua...




Maka pergilah aku berjumpa dengan beberapa orang veteren dan meminta 'petua' the best kaedah untuk menyembelih lembu Qurban ini. Banyak Tip Tip berguna yang aku perolehi dari para 'guru' ku ini. Antaranya Tok Teh Seman (baru meninggal umur 91 tahun) Pak Leh Imam Masjid Sg Nibung, Pak Ngah Hashim Jarak, seorang Pak Haji dari Yala, ayahku sendiri Ustaz Man dan sahabatku Mad Tuah Imam Masjid Titi Teras.




Sembelihan pertamaku ialah pada Hari Raya Qurban , Jan 08 sebanyak 2 ekur lembu...


Manakala sembelihan yang baru lalu ialah semasa Program Qurban di Kemboja di Wilayah Koh Khong..Kali ini jumlah sembelihan Qurban pribadi meningkat kepada 12 ekur....!




Letih juga kerja menyembelih ini, maklumlah dalam masa 2 jam aku dan sahabatku dari Gurun, Ustaz Din terpaksa menyembelih 22 ekur untuk diagih2kan kepada penduduk Islam di Wilayah tersebut...Aku harap khidmat sukarela tanpa upah ini diterima sebagai amal ibadah oleh Allah SWT...InsyaAllah...




Alhamdulillah, kini aku dah ada pisau sembelih sendiri yang dibeli dengan harga hampir RM200.00....Made in Sepanyol jenis yang tak payah diasah...ready tajam..




Jadi sapa-sapa nak kenduri bagitaulah....tapi cuma setakat sembelih saja, nak baringkan lembu dan lapah melapah kena cari orang lainlah ya....

No comments:

Post a Comment